Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Mari kita menebang buluh,
     Di dalam buluh ada ulat;
Bukan senang mengenal tubuh,
     Di dalam tubuh ada sifat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lurah dituruni,
     bukit didaki.

Bermaksud :

Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penyusunan. analisis aliran sekuriti (Ig. security flow analysis; Br. analisis aliran keselamatan; Id. analisis alir sekuritas) Penilaian dan analisis yang dilakukan terhadap suatu spesifikasi formal yang bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aliran maklumat. Aliran maklumat yang dianalisis mungkin berlaku sesama komponen sistem atau antara persekitaran luaran dengan sistem, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br mekanisma keselamatan yang wujud pada sistem maklumat tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menjana data ujian untuk meramal keberkesanan tindakan yang akan diambil oleh mekanisma keselamatan yang digunakan. Kajian ini juga mengenal pasti kekurangan anagram analisis kegoyahan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 8 6/6/11 4:01:27 PM 9 dan mengesahkan sama ada mekanisma keselamatan tersebut memadai untuk melindungi sistem

Kembali ke atas