Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.song.kan] | مڠوسوڠکن

Definisi : menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.song.kan] | مڠوسوڠکن

Definisi : menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
keras. Virus ini terus wujud dalam ingatan walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dilenyapkan daripada ingatan apabila sistem komputer dimatikan atau arahan diberikan oleh sistem pengendalian untuk mengosongkan ruang alamat dalam ingatan yang mengandungi virus tersebut. virus olok-olok (Ig. virus hoax; Br. olokan virus; Id. virus bohongan) Virus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail

Kembali ke atas