Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ji] | مڠوجي

Definisi : 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ji] | مڠوجي

Definisi : 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian. pasukan harimau (Ig. tiger team; Br. kumpulan rimau; Id. tim harimau) Pasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisma pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 77 6/6/11 4:01:51 PM 78 Pegawai Keselamatan Rangkaian pelan kesinambungan perniagaan kepada perwakilan digital. Corak ini kemudiannya dibandingkan dengan corak dalam simpanan untuk membenarkan penyahihan pengguna. pengimbas port (Ig. port scanner; Br. pengimbas port; Id. pemindai porta) Perisian atau perkakasan yang menguji sebarang nombor port pada prasarana pengkomputeran yang disasarkan. Contoh pengimbas port ialah Nmap. pengimbas rangkaian (Ig. network scanner; Br. pengimbas rangkaian; Id. pemindai jaringan) Perisian yang digunakan untuk mencari maklumat

Kembali ke atas