Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ram.pas] | مرمڤس

Definisi : 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ram.pas] | مرمڤس

Definisi : 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,

Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mempamerkan iklan yang tidak diingini aras keselamatan atur cara jahat Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 12 6/6/11 4:01:29 PM 13 kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem). atur cara kuda Trojan (Ig. Trojan horse program; Br. atur cara kekuda Trojan; Id. program kuda Troya) Perisian yang mempunyai suatu fungsi yang mengubah maklumat dalam penghantaran antara entiti sistem. pengamat TTY (Ig. TTY watcher; Br. pengamat TTY; Id. pengamat TTY) Perisian penggodaman yang membenarkan sesiapa sahaja memerhatikan kandungan skrin dan seterusnya merampas kawalan pada sebarang terminal atau komputer luar. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 84 6/6/11 4:01:54 PM 85 pencurian identiti pengamat TTY penganyaman rangkaian pengecapan jari penganyaman

Kembali ke atas