Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syu.kur] | شکور

Definisi : 1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung, mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk; bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya; kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digam­barkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syu.kur] | شکور

Definisi : 1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syukur

Puisi
 

Dua kali jagung berbuah,
     Melilit mari batang padi;
Tidak kutakut terkena marah,
     Syukur kudapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kata Pengantar Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 10 6/6/11 4:01:22 PM xi PENDAHULUAN Syukur alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya juga Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer (MABBIM) ini dapat diselesaikan penerbitannya. Penghasilan kamus ini adalah sejajar dengan usaha memantapkan istilah

Kembali ke atas