Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,

Puisi
 

Umpan mari kulit duku,
     Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
     Nyawa kau juga di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Umpan habis,
     ikan tak kena (= dapat).

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
error rate (BER); Br. kadar ralat bit; Id. kadar ralat bit) Bilangan bit yang mempunyai ralat dibahagikan dengan jumlah bit yang dipindah, dihantar, atau diproses dalam jangka masa tertentu. kaedah umpan madu (Ig. honeypot method; Br. kaedah pasu madu; Id. metode pot madu) Kaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh menarik perhatian pengguna hasad dipantau dalam masa nyata dan dianalisis dengan teliti untuk mendedahkan lokasi sebenar pengguna hasad. Pentadbir sistem kemudiannya boleh bertindak memerangkap atau menghalang pengguna hasad daripada mencapai pelayan tersebut. Lihat juga umpan madu. kaedah zig-zag (Ig. zig-zag method; Br. kaedah zig-zag; Id. metode zig-zag) Kaedah penyulitan berdasarkan penyusunan teks yang melibatkan penulisan semula aksara dalam suatu teks pada

Kembali ke atas