Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tingkatan pd pangkat (keturunan, kedudukan dll): Dia menduduki ~ yg tinggi dlm masyarakat Melayu. 2 taraf besar kecilnya; tingkatan: Tiap-tiap denda itu dipadankan dgn ~ kesalahan seseorang. berdarjat 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. sedarjat sama pangkat (kedudukan, keturunan dll); setaraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjat

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
DarjatJusoh AhmadDewan Sastera1 March 2009
Tiada darjat dalam seniRamli SaripDewan Budaya1 February 2007
Perbezaan darjat manusiaMuhd. Zulkifli IsmailDewan Budaya1 September 1998
Keruntuhan darjat iman mengangkat martabatnya semulaAmaruszati Noor RahimDewan Agama & Falsafah10 January 2003
Antara Dua DarjatHajijah JaisDewan Sastera1 December 2000
Sijil pengembalian darjat orang hulurSaemah MokhtarDewan Masyarakat1 March 1988
Hari Sastera: mengembalikan darjat kebudayaan peribumiTiadaDewan Sastera15 April 1980
Bukan Bandingan Antara Dua DarjatAliyah SijariAnis1 January 2009
Kosa kata darjah dan darjatTiadaPelita Bahasa1 July 1992
Menempatkan sastera Melayu ke darjat duniaEhsan Abdul QuddusDewan Sastera1 April 1991
12

Kembali ke atas