Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berĀ­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KenyataanDayang Salmah SalamDewan Sastera1 June 2002
KenyataanBaha ZainDewan Sastera1 December 2007
Kenyataan di luar batas: penulis nusantara dan Amerika LatinMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 August 2005
Kenyataan IniRasanubari AsmaramahDewan Sastra15 May 1974
KenyataanNooriah IshakAl Islam1 February 1988
Memahami KenyataanSiti Hawa Haji SallehDewan Sastera1 July 2005
Menjejak KenyataanNor Sa'ida Sadhana Abd. KadirURTV15 August 1997
Mendepani KenyataanNor Sa'ida Sadhana Abd. KadirURTV15 March 1997
Bila Kenyataan Memberikan PengertiannyaRosiah OsmanDewan Sastera15 July 1976
Bila Kenyataan Memberikan PengertiannyaRosiah OsmanDewan Sastra15 July 1976
12345

Kembali ke atas