Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kumpulan Cerpen Pertama Orang AsliRosninah Abd. AzibDewan Sastera1 January 2002
Kumpulan pemikir Melayu tidak penting?Jeniri AmirDewan Masyarakat1 January 2007
Kumpulan Cerpen Khadijah Hashim Tepu dengan AmanatSiti Aisah MuradDewan Sastera1 November 2001
Kumpulan Harimau BelangAzizah IbrahimDewan Pelajar1 November 1978
Kumpulan Cerpen : Menanti BuraqRaja Shaiful Azizul Azuan Raja Othman ZamirDewan Siswa1 December 2008
Kumpulan Puisi PemasyhuranSulaiman Haji DuramanBAHANA1 April 2008
Kumpulan Sifar johan FTM '08Shaari SafieDewan Budaya1 September 2008
Kumpulan nasyid PuteriRaja Yusoff AriffinDewan Budaya1 April 2008
Kumpulan muzik yang menggunakan nama Melayu kurang menyerlah?Raja Yusoff AriffinDewan Bahasa1 August 2006
Kumpulan muzik carik-carik bulu ayamShahril RizalDewan Budaya1 March 2004
12345678

Kembali ke atas