Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti anjing kepala busuk.

Bermaksud :

Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Masyarakat Chetti yang dilupakanS. G. PrabhawathyDewan Budaya1 March 2007
Masyarakat LebahShari A.BDewan Sastera1 November 2001
Masyarakat yang berbudayaZainuddin MahmudDewan Budaya1 May 2009
Masyarakat sekarang tidak membacaRahimidin ZahariKonsep1 June 2008
Dewan Masyarakat sebagai rujukanMunawirah MuhammadDewan Masyarakat1 June 2007
Kitalah Masyarakat Itu...Ab. Jalil AlimonDewan Masyarakat1 December 2008
Masyarakat bebas jenayahAbd. Rahim Abd. Rashid, Profesor Dr.,Dewan Masyarakat1 June 2007
Hukuman khidmat masyarakat langkah bijakMohd. Daud Mat DinDewan Masyarakat1 April 2007
NGO Wanita Penggerak MasyarakatSiti Khariah Mohd. ZubirDewan Masyarakat1 May 2008
Dialog Meja Bulat Dewan Masyarakat : Pra Belanjawan 2009TiadaDewan Masyarakat1 August 2008
12345678910...

Kembali ke atas