Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesa­an: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,

Peribahasa

Air didih menganak sungai.

Bermaksud :

Hiburan yang sangat mewah.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mewah dan mengagumkanMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat1 April 2005
Kehidupan mewah dan mudahA. Wahab HamzahDewan Budaya1 January 1990
Kereta Mewah Untuk IbuAhmad Akmal AzmanDewan Siswa1 September 2004
Buruh: yang mewah dan yang pincangA. F. YassinDewan Masyarakat15 June 1974
Tabiat berbelanja mewah: Gaya hidup modenRoslam Mohd AliDewan Masyarakat1 February 1997
Piuter Kilauan Lazuardi MewahTiada PengarangDewan Budaya1 May 2001
Wajah Baru Yang MewahFaisal TehraniDewan Budaya1 March 2001
Selamat Tinggal Negara MewahJariah TahaDewan Sastera1 September 2003
Cinta Brutal tampil mewahDarmawan, HikmatGatra23 June 2001
Rumah murah untuk yang mewahNur Amirah FatinDewan Ekonomi1 April 1996
12

Kembali ke atas