Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjuk­kan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima peng­ajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sudi dan berjanji akan melakukan sesuatu; sedia; rela: Dia ~ menolong kita. 2 mampu melakukan sesuatu; cekap: Tentera kita ~ mem­pertahankan negara drpd serangan musuh. menyanggup bersedia melakukan se­s­uatu; menyatakan sanggup: Dia cuma ~, tetapi tidak dilaksanakan apa-apa yg dijanjikan. menyanggupi menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu): Dia ~ segala permintaan penjahat itu. kesanggupan 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. penyanggup orang yg sanggup, menyanggup atau menyanggupi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Puisi
 

Pucuk kangkung batang jerami,
     Bunga padi di Tanah Daik;
Sudah tak sanggup dengan kami,
     Cari ganti tempat yang baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beli tv sanggup kenapa tak sanggup beli buku?Hassan AhmadDewan Siswa1 December 1982
Tak Sanggup KehilanganmuRozita Samsawal KamarRemaja1 May 2006
Saya sanggup menjadi lilin: membakar diri menerangi orang lainRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 July 2004
AST Cargo sanggup merangkak sebelum berlariRusmin FadzilDewan Ekonomi1 December 1997
Hudaibiyah: isteri sanggup bercerai demi hijrah ke MadinahZamri Hj Zainal AbidinDewan Agama & Falsafah1 August 2003
Semangat, minat dan sanggup berkorbanGonzales, JosephDewan Budaya1 November 2006
Dr. Sulaiman Masri sanggup tinggalkan isteri kerana anakWardah Asur IsmailPerempuan1 June 1998
Asia:sentiasa terjajah kerana sanggup dijajahHassan AhmadDewan Masyarakat1 September 1997
Tan Sri Ainuddin Wahid sanggup berkorban demi kemajuan pendidikanAziz TalibDewan Masyarakat1 August 1998
Pembangunan Bandar Tasik Bukit Merah: Emkay sanggup ambil risikoTiadaDewan Ekonomi1 December 1997
12

Kembali ke atas