Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ ber­khatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; masuk ~ berkhatan; bersunat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : Melayu. ~ peranakan peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. menjawikan 1 menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu. 2 menulis dgn huruf Jawi. penjawian perbuatan atau proses mengalih atau mengubah sesuatu makalah, buku dsb ke dlm tulisan Jawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JAWI

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi makan,
     dimamah dulu baru ditelan.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jawi yang sirna sinarnyaJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 January 2007
Jawi dalam Dilema Sebutan BakuMatlobPelita Bahasa1 March 2000
Jawi yang menewaskan Pallava, Kawi dan RencongMohd. Isa Abd. RazakDewan Bahasa1 May 2009
Jawi, UTF-8, dan Internet: menghadapi cabaran sejagatMohd. Zamri MurahDewan Bahasa1 September 2002
Jawi Menongkah Cabaran, Menggunung HarapanShahrun Nizal Mohd. NorPelita Bahasa1 February 2002
Jawi dan DodoArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 February 2002
Jawi: antara tulisan dan aksaraAbdul Jalil AnuarPelita Bahasa1 December 1989
Jawi tidak serupa dengan RumiMatlobPelita Bahasa1 July 2000
Jawi: cemerlang, gemilang, terbilangAbd. Rahim Abd RashidDewan Bahasa1 April 2004
Jawi, ajami dan bokoNorwati Md. YusofDewan Bahasa1 April 2004
12345678910...

Kembali ke atas