Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Selamat berpisah dari Keris MasKeris MasDewan Sastra15 June 1977
Keris MelayuLatifah Hj. Mohd. ShebliDewan Sastera1 June 2002
Keris Mas - Penerima Pertama Anugerah Sastera NegaraMohd. Hanafi IbrahimDewan Sastera1 August 2002
Keris: jauhari juga mengenal manikamSiri Neng BuahDewan Budaya1 February 2007
Keris Sebilah ituShapiai Muhammad RamlyDewan Sastera1 August 2001
Keris Laksamana BentanAwang AbdullahDewan Sastera1 February 2001
Keris Jenis MaduraFadiah LatifDewan Pelajar1 October 1981
Keris Jenis SundangFadiah LatifDewan Pelajar1 September 1981
Keris Jenis BaliFadiah LatifDewan Pelajar1 July 1981
Keris Jenis SemenanjungFadiah LatifDewan Pelajar1 June 1981
12345678910...

Kembali ke atas