Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tunjang Penerbitan Awal Dewan SasteraRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 February 2002
Tunjang NegaraNurul Azimah Abdull SedikDewan Sastera1 August 2007
TunjangSaleha HussinSarina1 December 1979
Tatabahasa tunjang penguasaan bahasa [wawancara bersama Dato' Zukri Samat]Muhamad Rafiq Abdul RahmanPelita Bahasa1 April 2009
Dinar tunjang ekonomi IslamShamsinor BahariDewan Ekonomi1 May 2007
Editor: Tunjang Kejayaan NewsweekRichard M. SmithDewan Budaya1 July 2002
Akar tunjang yang tercabut di tanah indukMohd. Yatim, Eddy ADawat1 July 1997
Bahasa Tunjang BahasaRidzuan KamisDewan Bahasa1 March 2004
Kegigihan tunjang kejayaanSaravananathan a/l Pannit SelvamDewan Siswa1 May 1998
Akar tunjang yang tercabut di tanah indukMohd. Yatim, Eddy ADawat1 July 1997
12

Kembali ke atas