Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ca.ra] | اچارا

Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Acara puisi persembahan di KL mempamerkan penyair berbakat dari 3 buah negara, membantu penyair tempatan mengasah bakatSiti Azimah AriffinWanita1 February 2007
Acara Unggun ApiAbd. Nasir Abd GhaniDewan Pelajar1 August 1975
Sebalik acara sambutan hari kebangsaanWaris PendetaPelita Bahasa1 August 2005
Pelbagai acara sempena 'Cintailah Bahasa Kita'TiadaDewan Sastera1 January 1988
Sebuah acara sampingan PSN ke-VIII: pelancaran dua bukuSuip Haji Abdul WahabBahana1 August 1994
Tiga AcaraA. S. IsmaDewan Sastera1 October 1992
Puisi tidak berharga untuk acara negaraM. Hanafiah A. SamadDewan Budaya1 March 1990
Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur acara bertaraf antarabangsaSutung Umar RsDewan Sastera1 December 1994
Malam Puisi Malaysia: harap-harap menjadi acara tahunanAriah JudahDewan Sastera1 November 1992

Kembali ke atas