Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencer­minkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan se­suatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang se­puluh buah drama Perancis telah diadap­tasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptasi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Adaptasi memperkasa karya asal?Faisal TehraniDewan Sastera1 December 2006
Adaptasi novel ke filemAdnan Abd. JamilDewan Budaya1 July 2008
AdaptasiMuhd Nasruddin DasukiDewan Sastera1 August 1997
Adaptasi Konsep Noir Filem Barat Untuk Teater MelayuSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 July 2003
'Dukun' adaptasi kisah Mona Fendy?Aiza Akma RamlanMedia Hiburan7 October 2006
Filem adaptasi merangsang mindaHizairi OthmanDewan Budaya1 May 1998
'Rubiah' adaptasi daripada mitosTiadaMedia Hiburan18 June 2005
Apabila Adaptasi Terkeliru ArahSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 November 2003
Hiperinflasi dan adaptasiChin Yee MunDewan Ekonomi1 May 2008
Kenderaan Amfibia: Adaptasi Teknologi AlamAdrian Zulkarnain Zakaria DharamarajDewan Kosmik1 June 2008
123

Kembali ke atas