Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sariat palu memalu,
     hakikat balas membalas.

Bermaksud :

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Agama Bahai Menghilangkan konflik perbezaan agamaAnn Wan SengDewan Agama & Falsafah1 July 2003
Agama Li-isme: pengikutnya tidak menolak agama lainAnn Wan SengDewan Agama & Falsafah1 April 2003
Agama Pengatur Hidup SejahteraNazim Mohd SubariDewan Sastera1 December 2002
Agama Islam Pentingkan "Keeksklusifan"Ahmad Syahir MohamadDewan Masyarakat1 May 2009
Agama, politik dan minyakJuhaidi Yean AbdullahMasa1 April 2006
Agama dalam sejarah perkembangan bahasa MelayuMunif Zarirruddin Fikri NordinDewan Bahasa1 May 2002
Agama dan kelemahan orang Melayu: tafsiran Za'baIdris ZakariaAl Islam1 July 2004
Agama dan seniAl-Kilani, NajibPenulis1 March 1994
Agama, bangsa dan bomHassan AhmadDewan Budaya1 July 1998
Agama dibela, adat jangan terabaiShamsul Amri BaharuddinDewan Budaya1 March 2005
12345678910...

Kembali ke atas