[ak.sés] | اکسيس
Definisi : (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: pengguna akan diberi ~ internet secara automatik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas; mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ak.sés] | اکسيس
Definisi : /aksés/ 1 ist proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) data atau maklumat. 2 hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat dlm komputer; capaian: Pengguna akan diberi ~ Internet secara automatik. mengakses dpt mencapai, memperoleh atau menggunakan data atau maklumat dlm komputer: Sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn mudah dan cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)