Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Anggota pertama tentera udaraHabibah IsmailDewan Masyarakat1 August 1988
Anggota kabinet yang diumumkan pada 5 September 1974TiadaDewan Masyarakat15 September 1974
Khidmat anggota bombaTiadaDewan Budaya1 December 1997
Adakah anda anggota kelas menengah ?Shamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 September 1988
Malaysia sebagai Anggota Majlis Keselamatan: satu maruah bangsaChamil WariyaDewan Siswa1 January 1989
Dialog Seorang Anggota DPR-GR Daerah Dengan Seorang Penulis SadjakTahun 1964Saria, Rusli MarzukiHorison1 August 1967
Menambah negara anggotaTiadaDewan Masyarakat1 February 1996
ATMA: melahirkan anggota tentera profesionalZaharudin Abd. RahmanDewan Siswa1 November 1996
Haramkan buku bekas anggota komunisTiadaMilenia Muslim1 March 2006
Penjelidikan kebudajaan oleh seorang anggota fakultet sastraHeld, G. JBahasa dan Budaja1 August 1953
12

Kembali ke atas