Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pendekatan linguistik kognitif dalam pemerian "di antara" / "antara"Imran Ho AbdullahJurnal Bahasa1 September 2005
Antara Angin, Antara CintaMawar ShafeiDewan Budaya1 September 2007
Perbezaan "di antara" dengan antara-Dewan Bahasa1 June 2001
Antara KamiAilin NorJendela Sabah1 December 2006
Antara kebiasaan dan aturan bahasaS. NathesanWadah1 March 1995
Antara sari kata dengan alih bahasaChe Wan Ida Rahimah Che Wan IbrahimDewan Bahasa1 May 2007
Antara Perpisahan Ini, Kami Kenal Makna Budi (Sempena Sambutan Hari Guru)Ihsan NoorzaliDewan Budaya1 May 2007
Antara mistik dan akidahTiadaMilenia Muslim1 May 2006
Antara pengekalan dengan pemindahan bahasaTan Yao SuaPEMIKIR1 April 2007
Antara Dua Hati...Rozana HudMingguan Wanita6 April 2007
12345678910...

Kembali ke atas