Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Api di Atas ApiOnn AbdullahDewan Sastera1 July 2006
Api ItuAnisDewan Sastera1 August 2000
Api dalam DiriMohd. Kasim MahmudDewan Sastera1 July 2000
Api CintaAhmad Nabel Haji Abu BakarDewan Sastera1 September 2001
Api Di Lembah KetibungA. Rahman HanafiahDewan Pelajar1 October 1978
Api Di Lembah KetibungA. Rahman HanafiahDewan Pelajar1 January 1978
Api Dalam SekamSiti Aisyah Zainal AbidinDewan Sastera1 February 2008
ApiJafry LalangiDewan Sastera1 January 2008
Api AnarkiZulkifli SallehDewan Budaya1 December 2002
Api Air MataMuttaqien, M. Zamiel El-Horison1 September 2006
12345678910...

Kembali ke atas