Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wa/] | اوق

Definisi : 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat meneri­manya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wa/] | اوق

Definisi : 1 tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2 bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3 orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1 menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti nama diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2 mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh: ~ menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awak

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Awak, ese, den, dan doyanYeop Johari YaakobPelita Bahasa1 May 1997
Antara awak, kamu dengan tuan: Yang mana lebih santunWan Abd. Hamid Wan TehPelita Bahasa1 January 1998
Kata "awak" yang membawa padahAwang SariyanDewan Siswa1 September 1994
Titipan Buat AwakSue Alina MuhammadRemaja1 April 2000
Siapa nama awak?Zaiton Ab. RahmanPelita Bahasa1 April 1989
Antara apa nama awak?dan siapa nama saudara?Umar JunusPelita Bahasa1 July 1991

Kembali ke atas