Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bagaimana krim dihasilkan?Mohamad Nasir Mohamad IbrahimDewan Kosmik1 March 2007
Bagaimana mencegah dan mengawal pemanasan globalNurul Fiza SelamatDewan Kosmik1 March 2007
Bagaimana MenceritakanJasni MatlaniDewan Sastera1 September 2001
Bagaimana skrin sesentuh berfungsi?Ahmad Amran AhmadDewan Kosmik1 September 2008
Bagaimana tibi atipikal merebak?Che Wan Aminuddin Hashim dan Azilawati Md GhaniDewan Kosmik1 August 2008
Bagaimana Harus Aku Khabarkan PadamuAzmi IbrahimDewan Budaya1 August 2008
Bagaimana Menilai Laman Web KesihatanNoordin OthmanDewan Kosmik1 June 2008
Bagaimana Perpaduan Melayu?Mat LetupDewan Masyarakat1 April 2008
Bagaimana guru dan siswa merayakan sastra Indonesia dengan kemajnunan cintaHari, Cecep SyamsulHorison1 March 2006
Bagaimana saya mahu mulakan cerita? (Siri Tiga)Faisal TehraniDewan Siswa1 June 2006
12345678910...

Kembali ke atas