[ba.ha.gia] | بهاݢيا
Definisi : 1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ha.gia] | بهاݢيا
Definisi : aman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)