Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.san] | بالسن

Definisi : ark balsam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BalasanZaharah NawawiDewan Budaya1 April 1983
Balasan Warkah Dari SelatanZulkifli Mohd. TopDewan Siswa1 June 1989
Balasan dosa kaum IbanJamaludin HashimDewan Siswa1 August 1981
Balasan Gadis Yang BaikTiadaKeluarga1 June 1996
Balasan Orang Yang TamakAlharanada GhazaliUtusan Kiblat1 May 1987
Balasan AllahMohd. Ishak Haji A. RahmanUtusan Kiblat1 July 1987
BalasanLim Ming YeongDewan Siswa1 October 1996
BalasanZaihasraWanita1 July 1973
Tanpa BalasanRamli JahdiDian1 January 1970
Inilah Balasan Engkau...Moro M. SFantasi1 February 1995
12

Kembali ke atas