[bang.ku] | بڠکو
Definisi : 1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat drpd kayu, batu, dsb utk dua orang atau lebih; 2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya utk seorang; 3. meja yg berkaki tempat bertukang (menggergaji dll); ~ lipat bangku yg dapat dilipat; ~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bang.ku] | بڠکو
Definisi : tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)