Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsawan

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cacing menelan naga.

Bermaksud :

Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bangsawan Laila MajnunShaari SafieDewan Budaya1 June 2007
Bangsawan Tun Perak: tiga jam yang menderaSabri Mohd. ZinDewan Budaya1 May 2007
Bangsawan sebenar dalam Raja Laksamana Bentan!SamozaDewan Budaya1 April 2007
Bangsawan ke Mana Arahnya?Mohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 April 2005
Bangsawan Belum PupusGhulam-Sarwar YusofDewan Budaya1 December 2005
Bangsawan "Puteri Saadong"Shaari SafieDewan Budaya1 February 2009
Bangsawan Nujum Pak BelalangShaari SafieDewan Budaya1 December 2008
Bangsawan Lela ManjaShaari SafieDewan Budaya1 January 2008
Bangsawan Puteri Li PoShaari SafieDewan Budaya1 October 2007
Bangsawan BakawaliShaari SafieDewan Budaya1 September 2007
12345678

Kembali ke atas