Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Batik RM murah, tetapi berkualitiSuhaila Abdul RahmanDewan Ekonomi1 October 2008
BatikNorizan MuslimDewan Budaya1 March 2001
Batik Empat LapisWan Hanafi Wan MinWanita1 December 1994
Batik: teguh mengikuti perubahan masaKhiruddin AbdullahDewan Siswa1 April 1996
Batik Jambi jatuh cinta pada si ganjilLubis, Bersihar , Nur HidayatGatra23 November 1996
Batik daripada tradisi kepada modenisasiAsharil Suhardi AbdullahDewan Budaya1 July 2004
Memartabatkan batik MalaysiaSamat BuangDewan Siswa1 April 2006
Promosi batik dan tenun peringkat negeri SelangorRaja Yusoff AriffinDewan Budaya1 February 2009
Memartabatkan Batik MalaysiaAzizul Rahman Abdul RahmanTiadaTiada
Sejarah batik di MalaysiaZamrudin Haji Abdullah dan Mastura OmarDewan Siswa1 July 2005
123

Kembali ke atas