Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Begitu TakdirnyaN. Hurun E'inMingguan Wanita4 May 2007
Begitu Rintih NadimRidzuan HarunDewan Sastera1 April 2007
Begitu TakdirnyaNorazimah Hj ZakariaDewan Sastera1 February 2007
Begitu TakdirnyaNorazimah Haji ZakariaWanita1 March 2007
Begitu Kata TahunMarsli N.ODewan Sastera1 June 2001
Begitu Cintaku PadamuSyarifah ZulikhaRemaja1 November 2007
Begitu Benak MelayuZaharah NawawiDewan Budaya1 February 2000
Begitu, Manhattan?Arena WatiDewan Budaya1 February 1998
Begitu TakdirnyaNurqriedzaMingguan Wanita20 May 2005
Begitu Ketentuan-NyaJamaludin Abdul GhaniURTV1 March 2005
1234

Kembali ke atas