Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BekerjaRahman ShaariMalay Literature1 January 1994
Bekerja dalam tidur?TiadaDewan Siswa1 March 1989
"Bekerja untuk rakyat, dengan rakyat, dan kerana rakyat"Syahruddin Awang AhmadDewan Budaya1 July 2004
Perempuan BekerjaA. Hamid JemainWanita1 May 2008
Belajar bekerja pada PramuoedyaBudianta, EkaHorison1 August 2006
Wanita bekerja bukan punca utama masalah remajaTan Ei ChengDewan Siswa1 June 1998
Ketekunan bekerja satu tabiatMohd. Ariffin SiriDewan Masyarakat1 July 1994
Kecekapan bekerja dan berjimat cermatNoor AzamDewan Masyarakat15 April 1980
Ketagih bekerja... pejabat dijadikan rumah keduaMohd Ariffin SiriDewan Masyarakat1 March 1995
Manfaat bekerja sendiriChe Noriah Che SoffDewan Siswa1 October 1982
123

Kembali ke atas