Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : belalak; membelalang membelalak; membelalangkan membelalakkan (mata): kalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : ; akar ~ puak sj tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belalang Selat TebrauShahidan Md. NorDewan Pelajar1 February 1978
BelalangIsmail RestuDewan Sastera1 June 2007
BelalangS. RajaratnamMastika1 September 1949
BelalangAsmah Ahmad TahirDewan Siswa1 January 1988
BelalangAkramah TakiruddinDewan Siswa1 February 1980
Belalang dan SemutNoor S. IDewan Sastera1 July 1986
BelalangZailiani TaslimDewan Siswa1 August 1979
Pak Belalang MenjelmaMahaya Mohd YassinDewan Pelajar1 July 1982
Belatuk dan BelalangDzafarul-IdhamDewan Pelajar1 July 1975
Nujum Pak Belalang : Allah bantu kerana keikhlasan hatiRosnah Haji YahyaDewan Agama & Falsafah12 January 2003
12

Kembali ke atas