Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : periuk yg dibuat drpd tanah (utk memasak sayur dll); memancing dlm ~ prb mencari keuntungan pd keluarga (sahabat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : sj periuk bermulut besar yg dibuat drpd tanah liat dan biasanya digunakan sbg bekas memasak gulai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanga

Puisi
 

Tiup api periuk belanga,
     Tempat memasak daging kerbau;
Abang pergi janganlah lama,
     Adik tinggal tidaklah dihirau.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belanga LukaSubki, AhmadHorison1 February 2007
Belanga KeruwetanMustafa YusmanDewan Sastera1 July 1995
Menjunjung belanga di atas talamUthaya Sankar SBDewan Budaya1 March 2005
Proses belanga tanahMokhtar Kamaruddin DaudDewan Siswa1 April 1980
Kurung Teluk BelangaSiti Zainon IsmailDewan Budaya1 December 2000
Baju Kurung Teluk BelangaRohaidah YonDewan Sastera1 October 2007
Kekalkan budaya Tuk Selampit dan Awang BelangaSabariah BahariPelita Bahasa1 August 1990
Berakhirnya budaya Tuk Selampit dan Awang BelangaBustam KamriPelita Bahasa1 June 1990

Kembali ke atas