Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lut] | بلوت

Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lut] | بلوت

Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belut

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belut jatuh ke lumpur.

Bermaksud :

Senang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belut Amerika makanan berkhasiat untuk mencantikkan kulitTiadaDewan Kosmik1 April 2003
Belut bernafas menerusi kulit dan insangTiadaDewan Siswa1 November 1986
Mengawal kepupusan belutTiadaDewan Kosmik11 January 2003
Bahasa rojak: sekerat belut, sekerat ularIbrahim Ahmad, Dr.,Dewan Siswa1 June 2007
Sekerat Ular Sekerat BelutAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat1 April 2009
Separuh ular, separuh belutArwai A. R.Dewan Bahasa1 December 2007
Tiga tahun lapan bulan:Belut Disangka UlarAzwan AdimayaDewan Pelajar1 May 1982
Bahasa Sekerat Ular Sekerat BelutNorliza JamaluddinPelita Bahasa1 June 2004

Kembali ke atas