Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lengkok atau kelok pd benda-benda yg melengkung: ~ busur; ~ taji. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg berkelok, spt cincin: Dia membelikan anaknya se~ cincin emas. 3 potongan atau rupa sesuatu benda: Kereta ini ~nya spt kotak. 4 susunan dan gaya karangan: Ia melahirkan isi hatinya dlm ~ puisi. berbentuk mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. membentuk 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. terbentuk sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. pembentukan perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. pembentuk 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bentuk-bentuk kata kerjaAwang SariyanDewan Siswa1 January 1990
Bentuk dan MaknaNahmar JamilDewan Sastera1 April 2007
Bentuk Strategi Komunikasi Masyarakat Melayu: Satu Analisis Berdasarkan Warkah Melayu LamaAb. Razak Ab. KarimDewan Bahasa1 July 2000
Bentuk BiografiOthman PutehDewan Sastera1 June 2002
Bentuk lewah dalam penggunaan bahasa MelayuNawi IsmailPelita Bahasa1 April 2007
Bentuk Naratif dan Non-NaratifHasan Baseri BudimanDewan Sastera1 December 2000
Bentuk dan Cara yang Digunakan untuk Menyampaikan Amanat dan Pemikiran Islam Berdasarkan Salah Sebuah Hikayat Melayu Bercorak Kisah Nabi-nabi atau Tokoh-tokoh IslamNonitahani JohanBAHANA1 November 2008
Bentuk Sapaan sebagai Cerminan KesantunanJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 December 2003
Bentuk Soalan Pemahaman PMR Format BaharuSelamat BuangPelita Bahasa1 May 2002
Bentuk Soalan Komsas dalam Kertas 2 Bahasa Melayu 2001Samat BuangPelita Bahasa1 April 2002
12345678910...

Kembali ke atas