Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ni] | براني

Definisi : 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : ; batu ~ = besi ~ besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ® semberani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Barang siapa berani mengamang,
     tak dapat tidak berani melawan juga.

Bermaksud :

Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berani Omar Berani Lagi MuhammadHashim YaacobKarya1 March 1998
BeraniNordin AbdullahKonsep1 November 2008
Berani Kerana BenarShashaAsuh1 February 2005
Berani kerana benarMohd AsriPelita Bahasa1 June 1989
Berani dan profesional langkah menghadapi situasi semasaRusmin FadzilDewan Ekonomi1 February 1998
Berani mencuba nikmat hidupZaini UjangDewan Siswa1 May 1993
Berani menentang arus (diwawancara oleh Amin Shakib)Mohd. Ali Haji HashimDewan Ekonomi1 June 1995
Berani turun ke tahap paling bawahTajulddin MuhammadDewan Ekonomi1 March 1996
Berani kerana takutAdrian HardiDewan Budaya1 October 1996
Teater Berani MatiShaari SafieDewan Budaya1 March 2009
123456

Kembali ke atas