Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bercakap salah, tidak bercakap pun salahFahda Ahmad KamarDewan Siswa1 March 1998
Bercakap Lima BahasaZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 July 1979
Bercakap di radio dan televisyenJaafar Abdul RahimPelita Bahasa1 February 1998
Bercakap di radio dan televisyenJaafar Abdul RahimPelita Bahasa1 March 1998
Bercakap dengan videoN. Z. AbidinDewan Siswa1 March 1990
Bercakap tentang Asas 50, revolusi mental, sastera Islam [diwawancaraoleh Syed Jaafar Husin]Keris MasDewan Sastera15 June 1979
Jam bercakap benarZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 October 1979
Burung bercakap-cakap?Muhammad Abhar RosnanDewan Kosmik1 February 2008
Ulama bercakap perlu ada fakta benar 250,000 muslim murtadAstora JabatAl Islam1 October 2006
Adik Bercakap Tentang BahasaNassury IbrahimAkar1 January 2000
1234

Kembali ke atas