Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdarah

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berdarah Sebuah SejarahRaja Rajeswari Seetha RamanDewan Sastera1 September 2006
BerdarahBachri, Sutardji CalzoumMalay Literature1 January 1991
Dendam Berdarah di Villa Rindu (Dendam Berdarah Di Villa Rindu)AnisSarina1 August 2004
Lukisan Berdarah RafahShafiq Azli Mohd SallehAnis1 March 2009
Gaza Berdarah MawarRosani HipleeDewan Sastera1 March 2009
Kencing berdarahIkhwan Sani MohamadDewan Kosmik1 August 2008
Tragedi Berdarah di MumbaiTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
... Yang BerdarahRoshaDewan Budaya1 February 2008
Cinta Berdarah! (Prolog)Ramlee Awang MurshidDewan Siswa1 June 2006
Poso BerdarahZubaidi, NurlindhaHorison (Kakilangit)1 August 2001
12345

Kembali ke atas