Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berganti TikarZaidin JohanMutiara1 October 1958
Ulat Berganti SuteraZainal Abidin ZulkifliDewan Pelajar1 July 1973
Hilang Tak BergantiMuhd.Yusof IbrahimDewan Pelajar1 July 1973
Apabila "A" Berganti "O"Zulkifli SallehPelita Bahasa1 May 2001
Patah Tumbuh Hilang BergantiMat LetupDewan Masyarakat1 March 2009
Hingga kini belum bergantiA. V. BapatDewan Budaya1 May 1983
Patah tumbuh hilang bergantiRos Anita Kartini MohamedDewan Sastera1 February 2004
Yang Hilang, Yang BergantiZanariah Abdul LatiffFamili1 September 1989
Panel hadiah sastera berganti tahun ini?TiadaMastika1 February 1977
Patah tumbuh hilang berganti..Siti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 December 1996
12

Kembali ke atas