Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Air digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).

 

Lihat selanjutnya...(16)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berhati-hati dengan teori intertekstualitiRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 April 2007
Berhati-hati Apabila Mengemukakan SarananAbdul RazakPelita Bahasa1 January 2001
Berhati-hati membeli belahTiadaDewan Ekonomi1 January 1998
Berhati-hati apabila mengemukakan sarananAbdul Razak ABu BakarPelita Bahasa1 January 1901
Berhati-hati dengan teknologi canggihZaini UjangDewan Siswa1 November 1992
Berhati-hati semasa membeliFadzilah Abd AzizDewan Masyarakat1 December 1997
Berhati-hati meneroka gaya baharuOsman AyobDewan Sastera1 April 1998
Berhati-hati menggunakan perkataan seertiIsmail RestuPelita Bahasa1 April 1998
Berhati-hati AdanyaBim QasimDewan Sastera (Laman Mastera)1 August 2005
Berhati-hati menjadi penjaminNisah Haji HaronDewan Masyarakat1 April 2003
12

Kembali ke atas