[ber.hu.jung] | برهوجوڠ
Definisi : 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perundingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.hu.jung] | برهوجوڠ
Definisi : ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)