Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ku] | برلاکو

Definisi : 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Tidak berlaku tsunami politik" - Mohd AsfiaArmin A. SalehPelita Bahasa1 December 2008
Murtad berlaku kerana iman yang goyahAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 February 1991
Kalau berlaku perang nuklear: dunia akan bekuArshad RawianDewan Siswa1 March 1986
Kenapa berlaku kenakalan remaja?Rohaty Mohd. MajzubDewan Siswa1 December 1987
Benarkah berlaku "pelacuran" dan "sabotaj" dalam terjemahan sastra?Ainon MuhammadDewan Sastra15 November 1976
Mengapa berlaku rampasan kuasa?Chamil WariyaDewan Siswa1 January 1988
Tiap Yang Berlaku Ada HikmahnyaMaisarah ShairiDara.Com1 June 2008
Apakah yang sebenarnya berlaku pada Julai 1997Muhammad Azli ShukriDewan Ekonomi1 July 2007
Penjajahan baru: terus berlaku walaupun sudah merdekaChamil WariyaDewan Siswa1 May 1989
Perubahan besar telah berlaku (diwawancara oleh Dinsman dan SutungUmar Rs)Tan Kai HeeDewan Budaya1 November 1995
12

Kembali ke atas