Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berpindah ke kampung Haji MatdariZain AriffDewan Sastera15 May 1979
Sel dasar berpindah daripada tulang ke otakTiadaDewan Kosmik1 March 2003
Bang Mat Berpindah Ke HuluKamaruzzaman OthmanDewan Sastera1 March 1985

Kembali ke atas