Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kemerdekaan, Adalah Kehidupan Bersama Mentari Bersama DuriMahanie SulongDewan Sastera1 August 1996
Bersama Getar Jantung yang MembaraAsrul Effendi KamaruzzamanPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Bersama-sama memartabatkan bahasaWan Mohd Ruzlan Wan OmarPelita Bahasa1 May 2009
Bersama Mana SikanaAbdul Rahman Napiah, Dr.Tunas Cipta1 May 2009
Bersama Mana SikanaAbdul Rahman Napiah, Dr.Tunas Cipta1 April 2009
Bersama MelangkahKamal SujakTiadaTiada
Bersama Mana SikanaMana SikanaTunas Cipta1 December 2008
Bersama Mana SikanaMana SikanaTunas Cipta1 October 2008
BersamaAziah TajudinPelita Bahasa1 April 2008
Bersama PuisiZahari HasibMingguan Wanita25 August 2006
12345678910...

Kembali ke atas