Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.tu] | برساتو

Definisi : 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sebagai minyak dengan air.

Bermaksud :

Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bersatu Demi Permuafakatan Melayu, Apa Kata MerekaAhahril Rizal dan Suria JanibDewan Masyarakat1 May 2008
Bersatu dalam bahasaZaitul Azma Zainon HamzahDewan Bahasa1 April 2008
Bersatu Dalam PersatuanAmirul AzmanDewan Budaya1 December 2000
Bersatu teguh, bercerai...kahwin lain!Abd Ghafar Md DinPelita Bahasa1 December 1989
Bersatu kita teguh,bercerai kita runtuhSiti Zaleha M.HashimDewan Sastera1 May 1997
Untuk BersatuAbizaiDewan Sastera1 December 2002
Untuk BersatuAbizaiDewan Sastera1 December 2002
Tiada BersatuAmieda DSURTV15 April 2008
Jerman bersatu selepas setahunChe Mahzan AhmadDewan Masyarakat1 August 1991
Marilah BersatuMasuri S. NDewan Bahasa1 February 1962
1234

Kembali ke atas