Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1 datang saling mendekati; bertemu muka: Itulah pertama kali saya ~ dgn dia. 2 bertemu dgn sesuatu (apa-apa yg dicari dll); berjumpa dgn tidak disangka-sangka: Jika ~ dgn penjajah itu, bunuhlah dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sua
Kata Terbitan : bersua, menyuakan, mempersuakan,

Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Bersama dengan bunga cempaka;
Bila bersua idaman hati,
     Luput segala hati nan duka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bersua sumpahan Sang KelembaiAbdul Halim NasirDewan Siswa1 August 1983
Berjumpa dan Bersua...Abd. Rashid NgahDewan Pelajar1 January 1983
Bila Dara Bersua KasihSalmah MohtapURTV1 December 1974
Kali pertama bersuaNorzailina NordinSarina1 September 2002
Bertemu, berjumpa, dan bersuaLatifah OthmanPelita Bahasa1 March 1995
Bila dua daun pada pohon tak bisa bersuaJaafa H. SDewan Sastra15 July 1975

Kembali ke atas