Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat;: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Debarnya BertambahAdam A. KadirMastika1 February 1967
Tjemara Bertambah TuaRM., SurachmanHorison1 August 1972
Bila malam bertambah malamJohan JaaffarDewan Budaya1 July 1981
Ih? Bah dok bertambahZakiah Hanum Abdul HamidPerempuan1 June 1997
Filem Tempatan 2003 Kuantiti Bertambah, Kualiti Semakin Baik?A. Wahab HamzahDewan Masyarakat1 January 2004
Tahun bersejarah dengan tugas yang bertambahTiadaDewan Bahasa1 January 1967
Rasulullah s.a.w: bila kenal bertambah kasihMohd Sukki OthmanDewan Agama & Falsafah1 June 2006

Kembali ke atas