Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.pa/] | برتاڤق

Definisi : 1. mempunyai tapak, ada tapak­nya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pang­kalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.pa/] | برتاڤق

Definisi : 1 ber­pijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina menanam tebu,
     Tanam mari bertapak-tapak;
Sungguh kecil dahan jambu,
     Melentur ada patah tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bertapak di Kaki Berkocak di HatiMohamed AwangDewan Sastra15 February 1974
MMC bertapak di Arab Saudi-Dewan Ekonomi1 January 2007
Perdamaian bertapak di MondanaoZin MahmudDewan Siswa1 October 1996
Mustapa Haji Ibrahim bertapak menerusi Anak AlamShaari SafieDewan Budaya1 October 2008
Di Sini, Damai BertapakSiti Selamiah SallehRemaja1 June 1986
FFM20: karyawan muda mula bertapakShahrulnizam Azuddin dan Shaari SafieDewan Budaya1 September 2007
Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak?Junipah WandiDewan Masyarakat1 September 1994

Kembali ke atas