Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gendang Bertingkah Rebana Menyahut (Siri Empat Belas)Nisah HaronANIQAH1 April 2007
Reagan bertingkah, Gaddafi yang untungJalil A. RahmanDewan Masyarakat1 January 1982
Setelah Gendang BertingkahNawawee MohammadDewan Budaya1 January 2007

Kembali ke atas