Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BerubahSaleha AhmadPerempuan1 August 2007
Berubah Hati (Siri Tiga)Athirah NatashaSeri Dewi & Keluarga1 September 2007
Berubah TingkahZaharah Nawawi; Hamidah KamarudinJelita1 August 2003
Berubah HatiAlias HarunMastika1 April 1987
Berubah HatiAzizah IsmailURTV15 April 1988
Kasih BerubahShahrizad ShahfianDewan Sastera1 December 2007
Identiti berubah mengikut persekitaran ....masyarakat Malaysiadaripada prespektif identitiShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 May 1997
Zaman berubah musim berlaluPadilah AliDewan Budaya1 January 1998
Bukit berubah mengikut arusRusilawati KamarudinDewan Masyarakat1 August 1997
Kasih BerubahAnis AyuniSeri Dewi dan Keluarga1 December 2002
123456

Kembali ke atas